Langkau ke kandungan

Carian popular

Tambah pengguna admin atau staff

Dikemas kini

Setiap admin atau staff patut ada akaun pengguna sendiri dalam Beri Salam console. Jangan kongsi satu akaun antara beberapa orang.

Buat langkah ini dalam Beri Salam console.

  1. Klik Profile → Users.

  2. Klik Add User.

    Page Users dengan senarai pengguna dan butang Add User.

  3. Isi medan dalam jadual di bawah.

    Borang New User.

  4. Klik Submit & Save.

Medan yang perlu diisi:

Medan Keterangan
Name Nama pengguna.
Email Alamat e-mel untuk log masuk.
Role Peranan pengguna. Peranan menentukan apa yang pengguna boleh buat.
Transaction Notification Hidupkan Receive transaction notification jika pengguna ini perlu terima e-mel untuk setiap transaksi.
Password Kata laluan pertama pengguna.
Password Confirmation Kata laluan yang sama sekali lagi.

Beritahu pengguna alamat log masuk dan kata laluan pertama melalui saluran yang selamat. Pengguna boleh tukar kata laluan selepas log masuk.

Adakah artikel ini membantu?