Langkau ke kandungan

Carian popular

Tambah borang derma

Dikemas kini

Borang derma ialah halaman tempat penderma membuat sumbangan. Setiap borang dipautkan kepada sekurang-kurangnya satu kempen. Borang yang aktif boleh dipaparkan pada homepage anda.

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

  1. Klik Donations → Forms.

  2. Klik Add Form.

    Senarai borang derma dengan butang Add Form.

  3. Isi maklumat borang. Rujuk jadual di bawah.

  4. Klik Submit & Save dan tunggu sehingga proses selesai.

Ini medan dalam borang:

Medan Keterangan
Title Tajuk borang. Tajuk ini dipaparkan pada homepage.
Slug Bahagian akhir alamat borang, contohnya https://<domain-anda>/form/<kod-borang>.
Descriptions Penerangan ringkas untuk homepage. Pilihan.
Thumbnail Gambar borang pada homepage. Saiz yang disarankan ialah 1000 x 1000 piksel.
Status Borang aktif apabila Active dihidupkan.
Choose Campaigns Kempen untuk borang ini. Pilih sekurang-kurangnya satu.
Campaign Statistics Paparkan statistik kempen pada borang derma.
Choose Form Language Bahasa Melayu atau English.
Choose Form Layout Susun atur Classic atau Modern.
Certificate Template Sijil yang dijana apabila sumbangan berjaya. Pilihan.

Contoh borang derma pada homepage, dengan tajuk, penerangan dan thumbnail.

Selepas borang disimpan, Beri Salam membuka halaman edit borang. Bahagian Additional Settings dipaparkan di bawah borang. Di situ anda boleh tetapkan:

Adakah artikel ini membantu?