Langkau ke kandungan

Carian popular

Semak dan kemas kini Direct Debit anda

Dikemas kini

Panduan ini untuk penderma yang menderma melalui Direct Debit. Direct Debit memotong sumbangan dari akaun bank anda secara automatik, setiap bulan atau setiap minggu, mengikut e-Mandate yang anda daftar. Dalam akaun penderma, anda boleh semak e-Mandate itu dan kemas kini sumbangan anda.

Ikut langkah ini untuk lihat e-Mandate anda.

  1. Log masuk ke akaun penderma anda.

  2. Klik Direct Debit pada menu atas. Senarai Direct Debit e-Mandates dipaparkan.

    Senarai Direct Debit e-Mandates dalam akaun penderma

  3. Klik Details pada e-Mandate yang anda mahu semak.

    Page Direct Debit Details dengan butang Maintenance

Page Direct Debit Details menunjukkan bahagian berikut:

Bahagian Keterangan
e-Mandate Details Status, Mandate Number, Frequency Mode, Effective Date dan Maximum Amount to Debit.
Form Details Borang derma yang anda guna untuk daftar.
Donor Details Maklumat anda dan akaun bank anda.
Application History Sejarah permohonan e-Mandate ini.
Transaction History Setiap potongan yang dibuat melalui e-Mandate ini.

Butang Maintenance membuka semula borang derma, supaya anda boleh kemas kini sumbangan Direct Debit anda. Butang ini hanya ada jika status e-Mandate aktif.

  1. Buka Direct Debit Details untuk e-Mandate anda.
  2. Klik Maintenance.
  3. Kemas kini maklumat dalam borang, kemudian ikut langkah di skrin untuk hantar.

Untuk berhenti terus, lihat Batalkan Direct Debit.

Adakah artikel ini membantu?