Langkau ke kandungan

Carian popular

Baca dashboard referral agent

Dikemas kini

Panduan ini untuk referral agent. Dashboard menunjukkan prestasi referral link anda: berapa orang melawat borang, berapa transaksi berjaya, dan berapa komisen anda. Guna dashboard untuk tahu link mana yang berkesan.

Dashboard ialah page pertama selepas anda log masuk ke akaun referral agent. Anda juga boleh klik Dashboard pada menu atas.

Dashboard referral agent dengan ringkasan tempoh, statistik dan carta.

Bahagian atas dashboard membandingkan jumlah transaksi anda dengan tempoh sebelumnya. Guna bahagian ini untuk analisis prestasi sumbangan melalui link anda mengikut tahun, suku tahun, bulan, minggu dan hari:

  • Year on Year (YoY): tahun ini berbanding tahun lepas.
  • Quarter on Quarter (QoQ): suku tahun ini berbanding suku tahun lepas.
  • Month on Month (MoM): bulan ini berbanding bulan lepas.
  • Week on Week (WoW): minggu ini berbanding minggu lepas.
  • Day on Day (DoD): hari ini berbanding semalam.

Bahagian All Time Referral Statistics menunjukkan angka berikut:

Medan Keterangan
Unique Visitors Bilangan pelawat berbeza yang buka borang melalui link anda.
Transaction Counts Bilangan transaksi melalui link anda.
LTV Conversion Rate Peratus pelawat yang menjadi penderma.
Donors & Participants Bilangan penderma melalui link anda.
Gross Transaction Volume (GTV) Jumlah nilai transaksi melalui link anda. Kad ini juga menunjukkan Frequency, iaitu bilangan transaksi.

Pilih tempoh carta dalam Range for Chart, contohnya Last 30 Days atau Last 12 Months.

Jika organisasi anda bayar komisen kepada referral agent, dashboard juga menunjukkan kad This Month, Total Earned, Pending Payout, Total Paid dan Pending Approval.

Adakah artikel ini membantu?