Langkau ke kandungan

Carian popular

Batalkan Direct Debit

Dikemas kini

Panduan ini untuk penderma yang mahu hentikan sumbangan Direct Debit. Proses ini dipanggil termination. Selepas e-Mandate ditamatkan, tiada lagi potongan dari akaun bank anda. Anda boleh batalkan dengan dua cara: dalam akaun penderma Beri Salam, atau dalam portal e-Mandate Bayarcash.

Guna cara ini jika anda ada akaun penderma.

  1. Log masuk ke akaun penderma anda.

  2. Klik Direct Debit pada menu atas.

  3. Klik Details pada e-Mandate yang anda mahu batalkan.

    Senarai Direct Debit e-Mandates dalam akaun penderma

  4. Klik butang Termination.

    Page Direct Debit Details dengan butang Maintenance dan Termination

  5. Halaman pembatalan dibuka. Butiran sumbangan dan maklumat anda sudah diisi. Semak maklumat itu, kemudian klik Teruskan Pembatalan.

    Bahagian Kaedah Bayaran dan butang Teruskan Pembatalan

  6. Anda dibawa ke page Proceed with Direct Debit Termination di Bayarcash. Pilih bank anda di Select Bank, kemudian klik butang hijau.

    Page Proceed with Direct Debit Termination dengan pilihan bank

  7. Log masuk ke perbankan internet anda dan sahkan termination.

Selepas itu, anda terima e-mel Pembatalan Direct Debit. E-mel itu memberitahu sama ada pembatalan berjaya atau tidak berjaya.

Butang Termination hanya ada jika status e-Mandate aktif. Untuk sesetengah borang, butang ini membawa anda ke portal e-Mandate Bayarcash, iaitu Cara 2.

Guna cara ini jika anda tiada akaun penderma, atau jika butang Termination membawa anda ke portal Bayarcash.

  1. Buka panduan Bayarcash Maintenance dan termination Direct Debit. Panduan itu memberi pautan ke portal e-Mandate Bayarcash.

  2. Buka portal e-Mandate Bayarcash dari pautan itu. Page e-Mandate Checker dibuka.

  3. Isi Payment Reference Number dan Payer Email. Anda boleh dapatkan maklumat ini dari e-mel kelulusan Direct Debit yang Bayarcash hantar semasa anda daftar.

  4. Klik Check Mandate. e-Mandate anda keluar dalam senarai di bawah.

    Borang e-Mandate Checker dan senarai e-Mandate

  5. Klik nombor rujukan dalam senarai. Page butiran e-Mandate dibuka.

  6. Klik Terminate Mandate.

    Butiran e-Mandate dengan butang Update Mandate dan Terminate Mandate

  7. Klik Terminate Mandate dalam kotak pengesahan.

    Kotak pengesahan Mandate Termination

  8. Pada page Proceed with Direct Debit Termination, pilih bank anda di Select Bank dan klik butang hijau. Langkah ini sama seperti Cara 1.

  9. Log masuk ke perbankan internet anda dan sahkan termination.

E-mel kelulusan itu bertajuk Direct Debit Enrollment for … is Approved. Bahagian Direct Debit Details dalam e-mel itu ada maklumat berikut:

  • Mandate Number
  • Payment Reference Number
  • Payer Identification Number
  • Name, Email dan Mobile Number
  • Bank Name dan Bank Account Number

Contoh e-mel kelulusan Direct Debit daripada Bayarcash

  • Simpan e-mel kelulusan Direct Debit anda. Maklumat dalam e-mel itu diperlukan untuk semak atau batalkan e-Mandate di portal Bayarcash.
  • Jangan batalkan di page bank. Jika anda klik Cancel di page log masuk bank, termination tidak berjaya dan e-Mandate masih aktif. Mula semula dari langkah pertama.

Adakah artikel ini membantu?