Set semula kata laluan
Jika anda terlupa kata laluan Beri Salam console, anda boleh set semula kata laluan sendiri. Beri Salam hantar link set semula ke alamat e-mel akaun anda.
Jika anda masih ingat kata laluan dan mahu menukarnya, rujuk Tukar kata laluan.
Minta link set semula
Bahagian bertajuk “Minta link set semula”Buat langkah ini pada page log masuk Beri Salam console.
-
Buka page log masuk organisasi anda.
-
Klik Forgot password?.

-
Masukkan alamat e-mel akaun anda dalam medan Email.
-
Klik Email Password Reset Link.

Beri Salam hantar e-mel dengan link set semula ke alamat e-mel itu.
Set kata laluan baru
Bahagian bertajuk “Set kata laluan baru”Buat langkah ini selepas anda terima e-mel tersebut.
- Buka e-mel daripada Beri Salam.
- Klik butang Reset Password dalam e-mel.
- Masukkan kata laluan baru dalam medan Password.
- Masukkan kata laluan yang sama dalam medan Password Confirmation.
- Klik Reset Password.
Selepas itu, log masuk seperti biasa dengan kata laluan baru.
Isu-isu biasa
Saya tidak terima e-mel untuk set semula kata laluan. Apa yang perlu saya buat?
Pastikan anda masukkan alamat e-mel yang sama seperti akaun anda. Semak folder spam atau junk. Kemudian minta link sekali lagi.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu.

