Langkau ke kandungan

Carian popular

Semak senarai sumbangan anda

Dikemas kini

Panduan ini untuk penderma. Dalam akaun penderma, anda boleh lihat setiap sumbangan yang anda buat kepada organisasi, sama ada bayaran sekali atau Direct Debit. Guna page ini untuk semak status bayaran, atau untuk cari transaksi sebelum anda muat turun resit.

Selepas anda log masuk ke akaun penderma, page Transactions dibuka terus.

  1. Klik Transactions pada menu atas.

    Senarai Transactions dalam akaun penderma

  2. Cari sumbangan anda dalam senarai. Anda boleh tapis senarai mengikut tarikh, ID transaksi atau status.

Senarai ini menunjukkan lajur berikut:

Medan Keterangan
Created Tarikh dan masa transaksi dibuat.
Status Status bayaran, contohnya berjaya atau tidak berjaya.
Channel Cara bayaran, contohnya FPX atau Direct Debit.
Tenant Nama organisasi yang menerima sumbangan.
Name Nama penderma.
Transaction ID Nombor rujukan transaksi.
Amount Jumlah sumbangan.

Untuk lihat maklumat penuh satu transaksi, ikut langkah ini.

  1. Klik butang Details pada baris transaksi itu.

    Page Transaction Details dengan butiran sumbangan

  2. Semak Transaction Details: tarikh, status, Transaction ID, jumlah dan Payment Channel.

Dari page yang sama, anda boleh muat turun resit untuk transaksi itu.

Adakah artikel ini membantu?