# Semak senarai sumbangan anda

> Lihat semua sumbangan anda dalam akaun penderma Beri Salam, dan buka butiran setiap transaksi.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/donor-transactions/

Panduan ini untuk penderma. Dalam akaun penderma, anda boleh lihat setiap sumbangan yang anda buat kepada organisasi, sama ada bayaran sekali atau Direct Debit. Guna page ini untuk semak status bayaran, atau untuk cari transaksi sebelum anda muat turun resit.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Buka senarai transaksi

Selepas anda log masuk ke akaun penderma, page **Transactions** dibuka terus.

1. Klik **Transactions** pada menu atas.

   *(Screenshot: Senarai Transactions dalam akaun penderma)*

2. Cari sumbangan anda dalam senarai. Anda boleh tapis senarai mengikut tarikh, ID transaksi atau status.

Senarai ini menunjukkan lajur berikut:

| **Medan** | Keterangan |
|---|---|
| **Created** | Tarikh dan masa transaksi dibuat. |
| **Status** | Status bayaran, contohnya berjaya atau tidak berjaya. |
| **Channel** | Cara bayaran, contohnya FPX atau Direct Debit. |
| **Tenant** | Nama organisasi yang menerima sumbangan. |
| **Name** | Nama penderma. |
| **Transaction ID** | Nombor rujukan transaksi. |
| **Amount** | Jumlah sumbangan. |

## Lihat butiran transaksi

Untuk lihat maklumat penuh satu transaksi, ikut langkah ini.

1. Klik butang **Details** pada baris transaksi itu.

   *(Screenshot: Page Transaction Details dengan butiran sumbangan)*

2. Semak **Transaction Details**: tarikh, status, **Transaction ID**, jumlah dan **Payment Channel**.

Dari page yang sama, anda boleh [muat turun resit](/download-receipt/) untuk transaksi itu.
