Lihat maklumat penderma
Page Donors menyimpan semua penderma organisasi anda, dengan statistik sumbangan setiap penderma. Gunakan page ini untuk cari penderma, lihat sejarah sumbangan mereka dan hubungi mereka semula.
Buka senarai penderma
Bahagian bertajuk “Buka senarai penderma”Ikut langkah ini untuk buka page penderma.
-
Log masuk ke Beri Salam console.
-
Klik Donations → Donors.

Di bahagian atas page, tiga kotak ringkasan ini dipaparkan:
| Medan | Keterangan |
|---|---|
| Total Donors | Jumlah penderma anda. |
| Average Donation Value per Donor | Purata nilai sumbangan bagi setiap penderma. |
| Top Donor | Penderma yang paling banyak menyumbang. |
Di bawah setiap penderma dalam senarai, anda boleh lihat jumlah transaksi, jumlah sumbangan, tarikh sumbangan pertama dan tarikh sumbangan terakhir.
Lihat butiran seorang penderma
Bahagian bertajuk “Lihat butiran seorang penderma”Klik View pada penderma. Page butiran penderma memaparkan bahagian ini:
| Bahagian | Keterangan |
|---|---|
| Donor Details | Nama, e-mel, nombor telefon dan maklumat lain penderma. |
| Address Details | Alamat penderma, jika borang derma meminta alamat. |
| Donation History | Semua sumbangan penderma ini. |
| Campaign LTV dan Form LTV | Nilai sumbangan penderma (lifetime value) bagi setiap kempen dan setiap borang. |
| Lifetime Value (LTV) Statistic | Ringkasan nilai sumbangan. LTV dikira daripada transaksi yang berjaya sahaja. |
| Donor Relationship Management | Butang untuk hubungi penderma melalui e-mel, SMS atau WhatsApp, dan lihat alamat di Google Map. |
Export senarai penderma
Bahagian bertajuk “Export senarai penderma”Klik Export Report untuk muat turun senarai penderma dalam fail Excel atau PDF. Pilih medan yang anda mahu sebelum muat turun.
- Minta e-mel dan alamat penderma dalam borang derma. Butiran penderma menjadi lebih lengkap. Lihat Butiran penderma pada borang.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu.

