Tetapkan butiran penderma pada borang
Tetapan butiran penderma menentukan maklumat yang penderma isi pada borang derma. Contohnya, anda boleh wajibkan e-mel, minta alamat, atau tambah soalan anda sendiri.
Buka tetapan butiran penderma
Bahagian bertajuk “Buka tetapan butiran penderma”Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.
-
Klik Donations → Forms.
-
Cari borang anda, kemudian klik Edit.

-
Skrol ke bawah ke Additional Settings.
-
Klik Donor Details.

-
Hidupkan pilihan yang anda perlukan. Rujuk jadual di bawah.

-
Klik Submit & Save.
-
Klik View Form untuk melihat hasilnya.
Ini pilihan dalam halaman ini:
| Medan | Keterangan |
|---|---|
| Email Address | Wajibkan penderma mengisi alamat e-mel. |
| Name | Had panjang nama penderma. |
| Address | Paparkan medan alamat, dan wajibkan jika perlu. |
| Custom Field #1 hingga #3 | Soalan tambahan anda sendiri. Pilih jenis medan: teks, teks berbilang baris, senarai pilihan, radio button atau checkbox. Isi Label dan Placeholder. |
| Marketing Consent | Kotak semak supaya penderma memilih untuk menerima atau tidak menerima mesej marketing. |
| Custom Consent | Teks persetujuan anda sendiri, ditulis dalam Custom Consent Text. |


Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu.

