# Tetapkan butiran penderma pada borang

> Cara pilih maklumat yang penderma isi pada borang derma, seperti e-mel, alamat, medan tambahan dan persetujuan.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/form-donor-details/

Tetapan butiran penderma menentukan maklumat yang penderma isi pada borang derma. Contohnya, anda boleh wajibkan e-mel, minta alamat, atau tambah soalan anda sendiri.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Buka tetapan butiran penderma

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Donations** → **Forms**.
2. Cari borang anda, kemudian klik **Edit**.

   *(Screenshot: Senarai borang derma dengan butang Edit.)*

3. Skrol ke bawah ke **Additional Settings**.
4. Klik **Donor Details**.

   *(Screenshot: Bahagian Additional Settings dengan butang Donor Details.)*

5. Hidupkan pilihan yang anda perlukan. Rujuk jadual di bawah.

   *(Screenshot: Page Donor Details dengan pilihan Email Address, Address dan Custom Field.)*

6. Klik **Submit & Save**.
7. Klik **View Form** untuk melihat hasilnya.

Ini pilihan dalam halaman ini:

| **Medan** | Keterangan |
|---|---|
| **Email Address** | Wajibkan penderma mengisi alamat e-mel. |
| **Name** | Had panjang nama penderma. |
| **Address** | Paparkan medan alamat, dan wajibkan jika perlu. |
| **Custom Field #1** hingga **#3** | Soalan tambahan anda sendiri. Pilih jenis medan: teks, teks berbilang baris, senarai pilihan, radio button atau checkbox. Isi **Label** dan **Placeholder**. |
| **Marketing Consent** | Kotak semak supaya penderma memilih untuk menerima atau tidak menerima mesej marketing. |
| **Custom Consent** | Teks persetujuan anda sendiri, ditulis dalam **Custom Consent Text**. |

*(Screenshot: Tetapan Custom Field #2 dan #3, Marketing Consent dan Custom Consent.)*

*(Screenshot: Editor Custom Consent Text dengan butang Submit & Save dan View Form.)*
