Langkau ke kandungan

Carian popular

Tambah referral agent

Dikemas kini

Referral agent ialah orang yang mempromosikan borang derma anda dengan link mereka sendiri. Beri Salam merekodkan pelawat dan sumbangan yang datang daripada link setiap agent.

Ikut langkah ini.

  1. Klik Referrals → Agents.

    Page Referral Agents dengan senarai agent dan butang Add Referral Agent.

  2. Klik Add Referral Agent.

  3. Isi maklumat agent dalam jadual di bawah.

    Borang referral agent dengan medan ID, Name, Email dan Bank Details.

  4. Klik Submit & Save dan tunggu sehingga proses selesai.

Borang agent mempunyai medan berikut:

Medan Keterangan
ID Kod agent. Kod ini menjadi hujung link referral: https://<domain-anda>/form/<kod-borang>/<id-referral>.
Name Nama agent.
Email E-mel agent. Agent log masuk dengan e-mel ini.
Telephone Number Nombor telefon agent.
Status Status agent.
Password dan Password Confirmation Kata laluan untuk akaun referral agent.
Bank Name, Bank Account Holder, Bank Account Number Pilihan. Perlu jika agent menerima komisen.

Jika komisen referral aktif, borang agent juga memaparkan bahagian Commission Override. Bahagian ini mempunyai medan berikut:

  • Commission Type: Default (Use Form/Global), Percentage (%) atau Flat Rate (RM).
  • Commission Rate: kadar komisen khas untuk agent ini. Biarkan kosong untuk guna kadar default.

Page Referral Agents memaparkan URL log masuk untuk agent, dalam bentuk https://<domain-anda>/referrals/login. Hantar URL ini kepada agent bersama e-mel dan kata laluannya. Agent boleh lihat link dan prestasinya sendiri. Lihat Referral links.

  • Gunakan ID yang pendek dan mudah dibaca. ID muncul dalam link yang agent kongsi.

Adakah artikel ini membantu?