# Tambah referral agent

> Cara tambah referral agent dalam Beri Salam console, supaya agent boleh kongsi link borang derma dan anda boleh pantau prestasinya.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/referral-agents/

Referral agent ialah orang yang mempromosikan borang derma anda dengan link mereka sendiri. Beri Salam merekodkan pelawat dan sumbangan yang datang daripada link setiap agent.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Tambah referral agent

Ikut langkah ini.

1. Klik **Referrals** → **Agents**.

   *(Screenshot: Page Referral Agents dengan senarai agent dan butang Add Referral Agent.)*

2. Klik **Add Referral Agent**.
3. Isi maklumat agent dalam jadual di bawah.

   *(Screenshot: Borang referral agent dengan medan ID, Name, Email dan Bank Details.)*

4. Klik **Submit & Save** dan tunggu sehingga proses selesai.

Borang agent mempunyai medan berikut:

| **Medan** | Keterangan |
|---|---|
| **ID** | Kod agent. Kod ini menjadi hujung link referral: `https://<domain-anda>/form/<kod-borang>/<id-referral>`. |
| **Name** | Nama agent. |
| **Email** | E-mel agent. Agent log masuk dengan e-mel ini. |
| **Telephone Number** | Nombor telefon agent. |
| **Status** | Status agent. |
| **Password** dan **Password Confirmation** | Kata laluan untuk akaun referral agent. |
| **Bank Name**, **Bank Account Holder**, **Bank Account Number** | Pilihan. Perlu jika agent menerima komisen. |

Jika komisen referral aktif, borang agent juga memaparkan bahagian **Commission Override**. Bahagian ini mempunyai medan berikut:

- **Commission Type**: **Default (Use Form/Global)**, **Percentage (%)** atau **Flat Rate (RM)**.
- **Commission Rate**: kadar komisen khas untuk agent ini. Biarkan kosong untuk guna kadar default.

## Beritahu agent cara log masuk

Page **Referral Agents** memaparkan URL log masuk untuk agent, dalam bentuk `https://<domain-anda>/referrals/login`. Hantar URL ini kepada agent bersama e-mel dan kata laluannya. Agent boleh lihat link dan prestasinya sendiri. Lihat [Referral links](/referral-links/).

## Tips

- **Gunakan ID yang pendek dan mudah dibaca.** ID muncul dalam link yang agent kongsi.
