Semak log Marketing Tool API
Log Marketing Tool API menyimpan rekod setiap event yang Beri Salam hantar ke Facebook dan Google, contohnya AddToCart dan ViewContent. Gunakan log ini untuk semak sama ada Facebook Pixel atau Google Ads tracking anda berfungsi.
Semak log
Bahagian bertajuk “Semak log”Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.
-
Klik Tools.

-
Klik Marketing Tool API Logs. Senarai event dipaparkan.

-
Tapis senarai dengan Module, Transaction Type atau Event Name jika perlu.
-
Klik View untuk melihat butiran event itu.

-
Klik Back to Marketing Tool API Logs untuk kembali ke senarai.
Apa yang ada dalam butiran event
Bahagian bertajuk “Apa yang ada dalam butiran event”Halaman Marketing Tool API Log Details menunjukkan maklumat ini:
| Medan | Keterangan |
|---|---|
| Tracker Name | Ke mana event dihantar, contohnya Facebook Pixel Tracking. |
| Event Name | Nama event, contohnya AddToCart. |
| Related Transaction | Transaksi yang berkaitan, jika ada. |
| Data | Data yang dihantar bersama event, contohnya nama kempen, pakej dan nilai. |
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu.

