# Semak log Marketing Tool API

> Lihat event yang Beri Salam hantar ke Facebook dan Google, untuk semak sama ada tracking iklan anda berfungsi.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/marketing-tool-api-logs/

Log Marketing Tool API menyimpan rekod setiap event yang Beri Salam hantar ke Facebook dan Google, contohnya `AddToCart` dan `ViewContent`. Gunakan log ini untuk semak sama ada [Facebook Pixel](/facebook-pixel/) atau [Google Ads tracking](/google-ads-tracking/) anda berfungsi.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Semak log

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Tools**.

   *(Screenshot: Page Tools dengan butang Marketing Tool API Logs.)*

2. Klik **Marketing Tool API Logs**. Senarai event dipaparkan.

   *(Screenshot: Senarai event dalam Marketing Tool API Logs.)*

3. Tapis senarai dengan **Module**, **Transaction Type** atau **Event Name** jika perlu.
4. Klik **View** untuk melihat butiran event itu.

   *(Screenshot: Butiran satu event, dengan Tracker Name, Event Name dan Data.)*

5. Klik **Back to Marketing Tool API Logs** untuk kembali ke senarai.

## Apa yang ada dalam butiran event

Halaman **Marketing Tool API Log Details** menunjukkan maklumat ini:

| Medan | Keterangan |
|---|---|
| **Tracker Name** | Ke mana event dihantar, contohnya Facebook Pixel Tracking. |
| **Event Name** | Nama event, contohnya `AddToCart`. |
| **Related Transaction** | Transaksi yang berkaitan, jika ada. |
| **Data** | Data yang dihantar bersama event, contohnya nama kempen, pakej dan nilai. |
