# Lihat maklumat penderma

> Cara lihat senarai penderma, nilai sumbangan mereka (LTV) dan butiran setiap penderma dalam Beri Salam console.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/donors/

Page **Donors** menyimpan semua penderma organisasi anda, dengan statistik sumbangan setiap penderma. Gunakan page ini untuk cari penderma, lihat sejarah sumbangan mereka dan hubungi mereka semula.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Buka senarai penderma

Ikut langkah ini untuk buka page penderma.

1. Log masuk ke Beri Salam console.
2. Klik **Donations** → **Donors**.

   *(Screenshot: Page Donors dengan kotak ringkasan dan senarai penderma)*

Di bahagian atas page, tiga kotak ringkasan ini dipaparkan:

| **Medan** | Keterangan |
|---|---|
| **Total Donors** | Jumlah penderma anda. |
| **Average Donation Value per Donor** | Purata nilai sumbangan bagi setiap penderma. |
| **Top Donor** | Penderma yang paling banyak menyumbang. |

Di bawah setiap penderma dalam senarai, anda boleh lihat jumlah transaksi, jumlah sumbangan, tarikh sumbangan pertama dan tarikh sumbangan terakhir.

## Lihat butiran seorang penderma

Klik **View** pada penderma. Page butiran penderma memaparkan bahagian ini:

| **Bahagian** | Keterangan |
|---|---|
| **Donor Details** | Nama, e-mel, nombor telefon dan maklumat lain penderma. |
| **Address Details** | Alamat penderma, jika borang derma meminta alamat. |
| **Donation History** | Semua sumbangan penderma ini. |
| **Campaign LTV** dan **Form LTV** | Nilai sumbangan penderma (lifetime value) bagi setiap kempen dan setiap borang. |
| **Lifetime Value (LTV) Statistic** | Ringkasan nilai sumbangan. LTV dikira daripada transaksi yang berjaya sahaja. |
| **Donor Relationship Management** | Butang untuk hubungi penderma melalui e-mel, SMS atau WhatsApp, dan lihat alamat di Google Map. |

## Export senarai penderma

Klik **Export Report** untuk muat turun senarai penderma dalam fail Excel atau PDF. Pilih medan yang anda mahu sebelum muat turun.

## Tips

- **Minta e-mel dan alamat penderma dalam borang derma.** Butiran penderma menjadi lebih lengkap. Lihat [Butiran penderma pada borang](/form-donor-details/).
