# Set semula kata laluan

> Cara set semula kata laluan Beri Salam console jika anda terlupa kata laluan, melalui link dalam e-mel.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/reset-password/

Jika anda terlupa kata laluan Beri Salam console, anda boleh set semula kata laluan sendiri. Beri Salam hantar link set semula ke alamat e-mel akaun anda.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

Jika anda masih ingat kata laluan dan mahu menukarnya, rujuk [Tukar kata laluan](/change-password/).

## Minta link set semula

Buat langkah ini pada page log masuk Beri Salam console.

1. Buka page log masuk organisasi anda.
2. Klik **Forgot password?**.

   *(Screenshot: Page log masuk dengan link Forgot password.)*

3. Masukkan alamat e-mel akaun anda dalam medan **Email**.
4. Klik **Email Password Reset Link**.

   *(Screenshot: Page Reset Password dengan medan Email dan butang Email Password Reset Link.)*

Beri Salam hantar e-mel dengan link set semula ke alamat e-mel itu.

## Set kata laluan baru

Buat langkah ini selepas anda terima e-mel tersebut.

1. Buka e-mel daripada Beri Salam.
2. Klik butang **Reset Password** dalam e-mel.
3. Masukkan kata laluan baru dalam medan **Password**.
4. Masukkan kata laluan yang sama dalam medan **Password Confirmation**.
5. Klik **Reset Password**.

Selepas itu, log masuk seperti biasa dengan kata laluan baru.

## Isu biasa

### Saya tidak terima e-mel untuk set semula kata laluan. Apa yang perlu saya buat?

Pastikan anda masukkan alamat e-mel yang sama seperti akaun anda. Semak folder spam atau junk. Kemudian minta link sekali lagi.
