# Batalkan Direct Debit

> Hentikan sumbangan Direct Debit anda, melalui akaun penderma Beri Salam atau melalui portal e-Mandate Bayarcash.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/cancel-direct-debit/

Panduan ini untuk penderma yang mahu hentikan sumbangan Direct Debit. Proses ini dipanggil termination. Selepas e-Mandate ditamatkan, tiada lagi potongan dari akaun bank anda. Anda boleh batalkan dengan dua cara: dalam akaun penderma Beri Salam, atau dalam portal e-Mandate Bayarcash.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2023 dan 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Cara 1: Melalui akaun penderma Beri Salam

Guna cara ini jika anda ada akaun penderma.

1. Log masuk ke akaun penderma anda.
2. Klik **Direct Debit** pada menu atas.
3. Klik **Details** pada e-Mandate yang anda mahu batalkan.

   *(Screenshot: Senarai Direct Debit e-Mandates dalam akaun penderma)*

4. Klik butang **Termination**.

   *(Screenshot: Page Direct Debit Details dengan butang Maintenance dan Termination)*

5. Halaman pembatalan dibuka. Butiran sumbangan dan maklumat anda sudah diisi. Semak maklumat itu, kemudian klik **Teruskan Pembatalan**.

   *(Screenshot: Bahagian Kaedah Bayaran dan butang Teruskan Pembatalan)*

6. Anda dibawa ke page **Proceed with Direct Debit Termination** di Bayarcash. Pilih bank anda di **Select Bank**, kemudian klik butang hijau.

   *(Screenshot: Page Proceed with Direct Debit Termination dengan pilihan bank)*

7. Log masuk ke perbankan internet anda dan sahkan termination.

Selepas itu, anda terima e-mel **Pembatalan Direct Debit**. E-mel itu memberitahu sama ada pembatalan berjaya atau tidak berjaya.

Butang **Termination** hanya ada jika status e-Mandate aktif. Untuk sesetengah borang, butang ini membawa anda ke portal e-Mandate Bayarcash, iaitu Cara 2.

## Cara 2: Melalui portal e-Mandate Bayarcash

Guna cara ini jika anda tiada akaun penderma, atau jika butang **Termination** membawa anda ke portal Bayarcash.

1. Buka panduan Bayarcash [Maintenance dan termination Direct Debit](https://docs.bayarcash.com/direct-debit-maintenance-termination/). Panduan itu memberi pautan ke portal e-Mandate Bayarcash.
2. Buka portal e-Mandate Bayarcash dari pautan itu. Page **e-Mandate Checker** dibuka.
3. Isi **Payment Reference Number** dan **Payer Email**. Anda boleh dapatkan maklumat ini dari e-mel kelulusan Direct Debit yang Bayarcash hantar semasa anda daftar.
4. Klik **Check Mandate**. e-Mandate anda keluar dalam senarai di bawah.

   *(Screenshot: Borang e-Mandate Checker dan senarai e-Mandate)*

5. Klik nombor rujukan dalam senarai. Page butiran e-Mandate dibuka.
6. Klik **Terminate Mandate**.

   *(Screenshot: Butiran e-Mandate dengan butang Update Mandate dan Terminate Mandate)*

7. Klik **Terminate Mandate** dalam kotak pengesahan.

   *(Screenshot: Kotak pengesahan Mandate Termination)*

8. Pada page **Proceed with Direct Debit Termination**, pilih bank anda di **Select Bank** dan klik butang hijau. Langkah ini sama seperti Cara 1.
9. Log masuk ke perbankan internet anda dan sahkan termination.

E-mel kelulusan itu bertajuk **Direct Debit Enrollment for ... is Approved**. Bahagian **Direct Debit Details** dalam e-mel itu ada maklumat berikut:

- **Mandate Number**
- **Payment Reference Number**
- **Payer Identification Number**
- **Name**, **Email** dan **Mobile Number**
- **Bank Name** dan **Bank Account Number**

*(Screenshot: Contoh e-mel kelulusan Direct Debit daripada Bayarcash)*

## Tips

- **Simpan e-mel kelulusan Direct Debit anda.** Maklumat dalam e-mel itu diperlukan untuk semak atau batalkan e-Mandate di portal Bayarcash.
- **Jangan batalkan di page bank.** Jika anda klik **Cancel** di page log masuk bank, termination tidak berjaya dan e-Mandate masih aktif. Mula semula dari langkah pertama.
