# Baca dashboard referral agent

> Fahami statistik dalam dashboard akaun referral agent Beri Salam, termasuk pelawat, transaksi dan komisen.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/referral-dashboard/

Panduan ini untuk referral agent. Dashboard menunjukkan prestasi referral link anda: berapa orang melawat borang, berapa transaksi berjaya, dan berapa komisen anda. Guna dashboard untuk tahu link mana yang berkesan.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Buka dashboard

Dashboard ialah page pertama selepas anda log masuk ke akaun referral agent. Anda juga boleh klik **Dashboard** pada menu atas.

*(Screenshot: Dashboard referral agent dengan ringkasan tempoh, statistik dan carta.)*

## Ringkasan mengikut tempoh

Bahagian atas dashboard membandingkan jumlah transaksi anda dengan tempoh sebelumnya. Guna bahagian ini untuk analisis prestasi sumbangan melalui link anda mengikut tahun, suku tahun, bulan, minggu dan hari:

- **Year on Year (YoY)**: tahun ini berbanding tahun lepas.
- **Quarter on Quarter (QoQ)**: suku tahun ini berbanding suku tahun lepas.
- **Month on Month (MoM)**: bulan ini berbanding bulan lepas.
- **Week on Week (WoW)**: minggu ini berbanding minggu lepas.
- **Day on Day (DoD)**: hari ini berbanding semalam.

## Statistik referral

Bahagian **All Time Referral Statistics** menunjukkan angka berikut:

| **Medan** | Keterangan |
|---|---|
| **Unique Visitors** | Bilangan pelawat berbeza yang buka borang melalui link anda. |
| **Transaction Counts** | Bilangan transaksi melalui link anda. |
| **LTV Conversion Rate** | Peratus pelawat yang menjadi penderma. |
| **Donors & Participants** | Bilangan penderma melalui link anda. |
| **Gross Transaction Volume (GTV)** | Jumlah nilai transaksi melalui link anda. Kad ini juga menunjukkan **Frequency**, iaitu bilangan transaksi. |

Pilih tempoh carta dalam **Range for Chart**, contohnya **Last 30 Days** atau **Last 12 Months**.

## Komisen

Jika organisasi anda bayar komisen kepada referral agent, dashboard juga menunjukkan kad **This Month**, **Total Earned**, **Pending Payout**, **Total Paid** dan **Pending Approval**.
