# Semak dan kemas kini Direct Debit anda

> Lihat butiran e-Mandate Direct Debit anda dalam akaun penderma, dan kemas kini sumbangan bulanan atau mingguan anda.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/donor-direct-debit/

Panduan ini untuk penderma yang menderma melalui Direct Debit. Direct Debit memotong sumbangan dari akaun bank anda secara automatik, setiap bulan atau setiap minggu, mengikut e-Mandate yang anda daftar. Dalam akaun penderma, anda boleh semak e-Mandate itu dan kemas kini sumbangan anda.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Semak butiran Direct Debit

Ikut langkah ini untuk lihat e-Mandate anda.

1. Log masuk ke akaun penderma anda.
2. Klik **Direct Debit** pada menu atas. Senarai **Direct Debit e-Mandates** dipaparkan.

   *(Screenshot: Senarai Direct Debit e-Mandates dalam akaun penderma)*

3. Klik **Details** pada e-Mandate yang anda mahu semak.

   *(Screenshot: Page Direct Debit Details dengan butang Maintenance)*

Page **Direct Debit Details** menunjukkan bahagian berikut:

| **Bahagian** | Keterangan |
|---|---|
| **e-Mandate Details** | Status, **Mandate Number**, **Frequency Mode**, **Effective Date** dan **Maximum Amount to Debit**. |
| **Form Details** | Borang derma yang anda guna untuk daftar. |
| **Donor Details** | Maklumat anda dan akaun bank anda. |
| **Application History** | Sejarah permohonan e-Mandate ini. |
| **Transaction History** | Setiap potongan yang dibuat melalui e-Mandate ini. |

## Kemas kini sumbangan Direct Debit

Butang **Maintenance** membuka semula borang derma, supaya anda boleh kemas kini sumbangan Direct Debit anda. Butang ini hanya ada jika status e-Mandate aktif.

1. Buka **Direct Debit Details** untuk e-Mandate anda.
2. Klik **Maintenance**.
3. Kemas kini maklumat dalam borang, kemudian ikut langkah di skrin untuk hantar.

Untuk berhenti terus, lihat [Batalkan Direct Debit](/cancel-direct-debit/).
