# Tambah borang derma

> Cara tambah borang derma, pautkan kempen dan pilih bahasa serta susun atur borang.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/forms/

Borang derma ialah halaman tempat penderma membuat sumbangan. Setiap borang dipautkan kepada sekurang-kurangnya satu kempen. Borang yang aktif boleh dipaparkan pada homepage anda.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Tambah borang baru

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Donations** → **Forms**.
2. Klik **Add Form**.

   *(Screenshot: Senarai borang derma dengan butang Add Form.)*

3. Isi maklumat borang. Rujuk jadual di bawah.
4. Klik **Submit & Save** dan tunggu sehingga proses selesai.

Ini medan dalam borang:

| **Medan** | Keterangan |
|---|---|
| **Title** | Tajuk borang. Tajuk ini dipaparkan pada homepage. |
| **Slug** | Bahagian akhir alamat borang, contohnya `https://<domain-anda>/form/<kod-borang>`. |
| **Descriptions** | Penerangan ringkas untuk homepage. Pilihan. |
| **Thumbnail** | Gambar borang pada homepage. Saiz yang disarankan ialah 1000 x 1000 piksel. |
| **Status** | Borang aktif apabila **Active** dihidupkan. |
| **Choose Campaigns** | Kempen untuk borang ini. Pilih sekurang-kurangnya satu. |
| **Campaign Statistics** | Paparkan statistik kempen pada borang derma. |
| **Choose Form Language** | **Bahasa Melayu** atau **English**. |
| **Choose Form Layout** | Susun atur **Classic** atau **Modern**. |
| **Certificate Template** | Sijil yang dijana apabila sumbangan berjaya. Pilihan. |

*(Screenshot: Contoh borang derma pada homepage, dengan tajuk, penerangan dan thumbnail.)*

## Tetapan tambahan

Selepas borang disimpan, Beri Salam membuka halaman edit borang. Bahagian **Additional Settings** dipaparkan di bawah borang. Di situ anda boleh tetapkan:

- [Landing page](/form-landing-page/)
- [Pilihan bayaran](/form-payment-options/)
- [Butiran penderma](/form-donor-details/)
- [FOMO dan social proof](/form-fomo/)
- [Direct Debit](/form-direct-debit/)

> **Caution**
> Jika anda tukar **Slug** selepas borang dikongsi, link lama tidak lagi membuka borang ini.
