# Tambah pengguna admin atau staff

> Cara beri akses Beri Salam console kepada admin atau staff organisasi anda.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/users/

Setiap admin atau staff patut ada akaun pengguna sendiri dalam Beri Salam console. Jangan kongsi satu akaun antara beberapa orang.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Tambah pengguna

Buat langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Profile** → **Users**.
2. Klik **Add User**.

   *(Screenshot: Page Users dengan senarai pengguna dan butang Add User.)*

3. Isi medan dalam jadual di bawah.

   *(Screenshot: Borang New User.)*

4. Klik **Submit & Save**.

Medan yang perlu diisi:

| Medan | Keterangan |
|---|---|
| **Name** | Nama pengguna. |
| **Email** | Alamat e-mel untuk log masuk. |
| **Role** | Peranan pengguna. Peranan menentukan apa yang pengguna boleh buat. |
| **Transaction Notification** | Hidupkan **Receive transaction notification** jika pengguna ini perlu terima e-mel untuk setiap transaksi. |
| **Password** | Kata laluan pertama pengguna. |
| **Password Confirmation** | Kata laluan yang sama sekali lagi. |

## Selepas itu

Beritahu pengguna alamat log masuk dan kata laluan pertama melalui saluran yang selamat. Pengguna boleh [tukar kata laluan](/change-password/) selepas log masuk.
