# Tambah link media sosial

> Cara masukkan link Facebook, Telegram, TikTok, YouTube dan WhatsApp organisasi anda supaya penderma nampak di homepage dan borang.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/social-media/

Link media sosial membolehkan penderma mengikuti organisasi anda. Beri Salam tunjuk ikon media sosial di homepage dan pada borang derma.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Masukkan link

Buat langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Settings** → **Social Media**.
2. Masukkan link untuk setiap platform yang organisasi anda guna: **Facebook**, **Telegram**, **TikTok**, **YouTube** dan **WhatsApp**.

   *(Screenshot: Page Social Media dengan medan link untuk setiap platform.)*

3. Klik **Submit & Save**.

Setiap medan sudah ada `https://` di hadapan. Masukkan alamat tanpa `https://`, contohnya `facebook.com/nama-page-anda`.

Biarkan kosong medan untuk platform yang anda tidak guna.

*(Screenshot: Bahagian bawah borang derma dengan link Media Sosial.)*
