# Buat template SMS

> Simpan template SMS dalam Beri Salam console supaya anda boleh hantar SMS susulan kepada penderma dengan cepat.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/sms-templates/

Template SMS menyimpan mesej yang anda guna berulang kali, contohnya SMS susulan kepada penderma atau peserta. SMS dihantar melalui SMS Niaga, jadi [sambung SMS Niaga](/sms-niaga/) dahulu.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Tambah template SMS

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Tools**.
2. Klik **SMS Templates**.

   *(Screenshot: Page Tools dengan butang SMS Templates.)*

3. Klik **Add SMS Template**.

   *(Screenshot: Senarai Custom SMS Templates dengan butang Add SMS Template.)*

4. Isi **Template Name** dengan nama untuk rujukan anda.
5. Tulis mesej dalam ruangan di bawah **Template Name**.

   *(Screenshot: Borang Custom SMS Template dengan ruangan mesej dan nota kredit SMS.)*

6. Masukkan tag jika perlu. Senarai tag ada di bawah ruangan mesej.

   *(Screenshot: Senarai tag yang boleh digunakan dalam SMS.)*

7. Klik **Submit & Save** dan tunggu sehingga proses selesai.

## Panjang mesej

Kiraan kredit SMS bergantung pada jenis mesej dan panjangnya:

| Jenis mesej | Kiraan |
|---|---|
| ASCII (huruf biasa) | 160 aksara pertama = 1 kredit. Setiap 153 aksara seterusnya = 1 kredit. |
| Unicode (contohnya tulisan Jawi atau emoji) | 70 aksara pertama = 1 kredit. Setiap 67 aksara seterusnya = 1 kredit. |

Lapan aksara ini dikira sebagai 2 aksara dalam mesej ASCII: `{ } [ ] | \ ~ ^`.

## Isu biasa

### Kenapa SMS saya bermula dengan sender ID?

Sistem menambah sender ID di depan setiap mesej secara automatik. Untuk tambah sender ID baru, gunakan akaun SMS Niaga anda.
