# Sambung SMS Niaga

> Cara masukkan API token SMS Niaga dalam Beri Salam supaya anda boleh hantar SMS kepada penderma.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/sms-niaga/

Beri Salam hantar SMS kepada penderma melalui SMS Niaga, contohnya SMS notifikasi dan SMS susulan. Sambung akaun SMS Niaga anda dengan API token.

Anda boleh dapatkan API token daripada portal SMS Niaga.

## Masukkan API token

Buat langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Settings** → **SMS Niaga**.
2. Masukkan token anda dalam medan **API Token**.
3. Klik **Submit & Save**.

Selepas proses selesai, sender ID anda dipaparkan dalam medan **Sender ID** secara automatik. Jika sender ID tidak betul, ikut langkah ini.

1. Pilih sender ID yang betul dalam medan **Sender ID**.
2. Klik **Submit & Save** sekali lagi.

Jangan kongsi API token dengan sesiapa. Sesiapa yang ada token boleh hantar SMS dan guna kredit akaun anda.
