# Semak transaksi melalui referral link anda

> Lihat setiap sumbangan yang dibuat melalui referral link anda, dan komisen anda jika organisasi bayar komisen.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/referral-transactions/

Panduan ini untuk referral agent. Page **Transactions** menyenaraikan setiap sumbangan yang dibuat melalui referral link anda. Guna page ini untuk semak siapa yang menderma melalui link anda, dan berapa jumlahnya.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Buka senarai transaksi

Ikut langkah ini untuk lihat transaksi anda.

1. Log masuk ke akaun referral agent anda.
2. Klik **Transactions** pada menu atas.
3. Tapis senarai mengikut tarikh, status atau saluran bayaran jika perlu.

   *(Screenshot: Page Transactions referral agent dengan penapis dan senarai transaksi.)*

Senarai ini menunjukkan lajur berikut:

| **Medan** | Keterangan |
|---|---|
| **Created** | Tarikh dan masa transaksi. |
| **Status** | Status bayaran. |
| **Channel** | Cara bayaran, contohnya FPX atau Direct Debit. |
| **Tenant** | Nama organisasi yang menerima sumbangan. |
| **Name** | Nama penderma. |
| **Transaction ID** | Nombor rujukan transaksi. |
| **Amount** | Jumlah sumbangan. |

## Komisen

Jika organisasi anda bayar komisen, page ini juga menunjukkan kad **Total Earned**, **Pending Payout** dan **Total Paid**. Senarai transaksi pula ada lajur **Earning (RM)**, **Rate**, **Payout Status** dan **Payout Date**.
