# Salin dan kongsi referral link anda

> Dapatkan referral link untuk setiap borang derma, salin atau muat turun QR code, dan semak prestasi setiap link.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/referral-links/

Panduan ini untuk referral agent. Setiap borang derma yang aktif ada referral link khas untuk anda. Apabila seseorang menderma melalui link anda, sumbangan itu direkod di bawah nama anda. Guna page **Referral Links** untuk dapatkan link dan kongsi borang.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Salin referral link

Ikut langkah ini untuk dapatkan link satu borang.

1. Log masuk ke akaun referral agent anda.
2. Klik **Referral Links** pada menu atas.
3. Cari borang yang anda mahu promosi. Anda boleh tapis mengikut tajuk atau kod borang.
4. Klik **Copy** untuk salin link.

   *(Screenshot: Page Referral Links dengan senarai borang dan referral link.)*

5. Tampal link itu di media sosial, WhatsApp atau e-mel.

Referral link mengikut bentuk ini: `https://<domain-organisasi>/form/<kod-borang>/<kod-referral>`.

## QR code dan link UTM

Page yang sama ada dua alat lain:

- **QR Code**: klik **Download PNG** untuk simpan QR code link anda, contohnya untuk poster.
- **UTM Link Builder**: pilih **Source**, **Medium** dan **Campaign** (pilihan). **Generated Link** menunjukkan link dengan tag UTM, supaya organisasi boleh tahu dari mana pelawat datang.

## Semak prestasi setiap link

Senarai borang menunjukkan **Unique Visitors**, **Trx. Count** dan **Total Trx.** untuk setiap link. Guna angka ini untuk analisis prestasi setiap link. Buka baris borang untuk lihat **Conversion Rate**, dan **Commission Rate** jika organisasi bayar komisen.
