# Tambah pakej dalam kempen

> Cara tambah pakej sumbangan dalam kempen, dengan amaun tetap atau amaun yang penderma pilih sendiri.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/packages/

Pakej ialah pilihan sumbangan dalam kempen, contohnya "Pakej 1 Lot, RM30.00". Penderma pilih pakej dan kuantiti pada borang derma. Satu kempen boleh ada banyak pakej.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Tambah pakej

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Donations** → **Campaigns**.
2. Cari kempen anda dalam senarai, kemudian klik **View**.

   *(Screenshot: Senarai Donation Campaigns dengan butang View.)*

3. Dalam halaman **Campaign Details**, pergi ke bahagian **Packages** dan klik **Add Package**.

   *(Screenshot: Page Campaign Details dengan bahagian Packages dan butang Add Package.)*

4. Isi maklumat pakej. Rujuk jadual di bawah.

   *(Screenshot: Borang New Package.)*

5. Klik **Submit & Save** dan tunggu sehingga proses selesai.

Ini medan dalam borang pakej:

| **Medan** | Keterangan |
|---|---|
| **Package Name** | Nama pakej. Nama ini dipaparkan pada borang derma. |
| **Package Code** | Kod untuk rujukan dalaman sahaja. |
| **Status** | Pakej aktif apabila **Active** dihidupkan. Medan ini dipaparkan hanya semasa anda edit pakej. |
| **Custom Amount** | Hidupkan supaya penderma masukkan amaun sendiri. Medan **Amount** disembunyikan dan medan **Minimum Amount** dipaparkan. |
| **Amount** | Amaun tetap pakej, dalam RM. |
| **Minimum Amount** | Amaun paling rendah untuk pakej dengan **Custom Amount**. |

## Tips

- **Buat satu pakej dengan Custom Amount.** Penderma yang mahu menyumbang amaun lain boleh guna pakej ini.
