# Tukar maklumat organisasi

> Cara kemas kini logo, nama, alamat dan maklumat hubungan organisasi anda dalam Beri Salam console.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/organisation-details/

Maklumat organisasi ialah nama, logo, alamat dan maklumat hubungan organisasi anda. Penderma nampak sebahagian maklumat ini di homepage dan pada borang derma anda.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Kemas kini maklumat

Buat langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Settings** → **Organisation**.
2. Isi atau ubah medan dalam jadual di bawah.

   *(Screenshot: Page Organisation Details dengan medan maklumat organisasi.)*

3. Klik **Submit & Save**.

Medan pada page **Organisation Details**:

| Medan | Keterangan |
|---|---|
| **Logo** | Logo organisasi anda. |
| **Name** | Nama organisasi. |
| **Registration Number** | Nombor pendaftaran organisasi. |
| **Authorised Person** | Nama orang yang bertanggungjawab. |
| **Website** | Alamat laman web organisasi. |
| **Email** | Alamat e-mel organisasi. |
| **Office Number** | Nombor telefon pejabat. |
| **Mobile Number** | Nombor telefon bimbit. |
| **Address Line 1**, **Address Line 2**, **Country**, **State**, **City**, **Postcode** | Alamat organisasi, di bawah **Organisation Address**. |

## Maklumat yang penderma nampak

Logo, nama, nombor pendaftaran, e-mel, nombor pejabat dan alamat organisasi dipaparkan di homepage dan pada borang derma.

*(Screenshot: Bahagian bawah borang derma dengan logo, nama dan alamat organisasi.)*
