# Semak log e-mel, SMS dan WhatsApp

> Lihat senarai e-mel, SMS dan mesej WhatsApp yang dihantar oleh Beri Salam, dan buka butiran setiap mesej.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/message-logs/

Log menyimpan rekod setiap e-mel, SMS dan mesej WhatsApp yang Beri Salam hantar, contohnya resit sumbangan dan mesej susulan. Gunakan log untuk semak sama ada mesej sudah dihantar.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Semak log e-mel

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Tools**.

   *(Screenshot: Page Tools dengan butang Email Logs.)*

2. Klik **Email Logs**. Senarai e-mel yang dihantar dipaparkan.

   *(Screenshot: Senarai Email Logs dengan penapis dan butang View.)*

3. Tapis senarai dengan **Module**, **Type** atau **To** jika perlu.
4. Klik **View** untuk melihat e-mel itu.

   *(Screenshot: Butiran satu e-mel dalam Email Logs.)*

5. Klik **Back to Email Logs** untuk kembali ke senarai.

## Semak log SMS

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Tools**.

   *(Screenshot: Page Tools dengan butang SMS Logs.)*

2. Klik **SMS Logs**. Senarai SMS yang dihantar dipaparkan.

   *(Screenshot: Senarai SMS Logs dengan penapis dan butang View.)*

3. Tapis senarai dengan **Sender ID** atau **Mobile Number** jika perlu.
4. Klik **View** untuk melihat butiran SMS itu.

   *(Screenshot: Page SMS Log Details untuk satu SMS.)*

## Semak log WhatsApp

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Tools**.
2. Klik **WhatsApp Logs**.
3. Tapis senarai dengan **Mobile Number** jika perlu.
4. Klik **View** untuk melihat butiran mesej itu.

## Isu biasa

### Penderma kata dia tidak terima e-mel. Bagaimana saya semak?

Buka Email Logs dan cari alamat e-mel penderma dalam penapis To. Jika e-mel ada dalam log, e-mel itu sudah dihantar. Minta penderma semak folder spam.
