# Tetapkan paparan homepage

> Cara pilih apa yang penderma nampak di homepage organisasi anda, iaitu senarai borang atau satu borang sahaja.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/homepage/

Homepage ialah page pertama yang penderma nampak apabila mereka buka domain organisasi anda. Anda boleh tunjuk senarai borang derma yang aktif, atau terus tunjuk satu borang sahaja.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Pilih paparan homepage

Buat langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Settings** → **Homepage**.
2. Di bahagian **Homepage Options**, hidupkan satu pilihan dalam jadual di bawah.
3. Klik **Submit & Save**.
4. Klik **View Homepage** untuk melihat hasilnya.

Pilihan di bahagian **Homepage Options**:

| Pilihan | Keterangan |
|---|---|
| **Show list of active forms** | Tunjuk senarai borang derma yang aktif. |
| **Show selected form below on homepage** | Tunjuk satu borang sahaja di homepage. |

*(Screenshot: Contoh homepage yang menunjukkan senarai borang derma yang aktif.)*

## Senarai borang

Jika anda pilih **Show list of active forms**, pilih borang yang hendak dipaparkan.

1. Dalam senarai **Forms**, tandakan kotak untuk setiap borang yang hendak dipaparkan.

   *(Screenshot: Page Homepage dengan Homepage Options dan senarai borang.)*

2. Seret (drag and drop) borang untuk menyusun turutan di homepage.
3. Klik **Submit & Save**.

## Satu borang sahaja

Jika anda pilih **Show selected form below on homepage**, pilih borang tersebut dalam medan **Form**, kemudian klik **Submit & Save**.
