# Sambung Google Ads conversion tracking

> Masukkan Google Ads ID dan conversion label supaya Google Ads dapat merekod sumbangan dari iklan anda.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/google-ads-tracking/

Google Ads conversion tracking merekod sumbangan yang datang dari iklan Google anda. Beri Salam menghantar event conversion ke Google Ads apabila penderma membuat sumbangan. Halaman ini bernama **Google Ads Tracking**, bukan Google Tag Manager.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Sebelum anda mula

Anda perlukan dua nilai dari akaun Google Ads anda:

- Google Ads ID (bermula dengan `AW-`)
- Conversion label untuk conversion action pembelian

Kedua-dua nilai ada dalam event snippet conversion action anda, dalam bentuk `send_to: AW-CONVERSION_ID/AW-CONVERSION_LABEL`.

## Masukkan Google Ads ID dan conversion label

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Settings**.
2. Di bahagian **Marketing & Analytics**, klik **Google Ads Tracking**.

   *(Screenshot: Page Settings dengan butang Google Ads Tracking.)*

3. Isi medan di bawah.

   | Medan | Keterangan |
   |---|---|
   | **Google Ads ID** | ID akaun Google Ads anda. |
   | **Purchase** | Conversion label untuk sumbangan yang berjaya. |

   *(Screenshot: Page Google Ads Tracking dengan medan Google Ads ID dan Purchase.)*

4. Klik **Submit & Save** dan tunggu sehingga proses selesai.

> **Note**
> Tetapan ini digunakan untuk semua borang. Anda juga boleh tetapkan Google Ads tracking untuk satu borang sahaja dalam tetapan borang itu.

## Isu biasa

### Di mana saya dapat conversion label?

Dalam event snippet untuk conversion action anda di Google Ads. Contohnya send_to: AW-CONVERSION_ID/AW-CONVERSION_LABEL. Masukkan conversion label dalam medan Purchase.
