# Lihat laporan borang derma

> Cara lihat prestasi setiap borang derma (pelawat, sumbangan dan kadar penukaran) dan export laporan ke Excel.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/form-report/

Laporan borang menunjukkan prestasi setiap borang derma. Gunakan laporan ini untuk lihat borang mana yang mendapat paling banyak pelawat dan sumbangan.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Buka laporan borang

Ikut langkah ini.

1. Klik **Reports** → **Forms**.
2. Page **Statistic for Forms** dibuka.

   *(Screenshot: Page laporan borang dengan statistik setiap borang derma.)*

Laporan ini memaparkan lajur berikut bagi setiap borang:

| **Medan** | Keterangan |
|---|---|
| **Created** | Tarikh borang dicipta. |
| **Status** | Status borang (aktif atau tidak). |
| **Form Title** | Tajuk borang, dengan link ke borang itu. |
| **Total Visitor** | Jumlah lawatan ke borang. |
| **Unique Visitor** | Jumlah pelawat yang berbeza. |
| **Donor Count** | Jumlah penderma melalui borang ini. |
| **Donation Count** | Jumlah sumbangan melalui borang ini. |
| **Donation Raised** | Nilai sumbangan yang terkumpul, dalam RM. |
| **Conversion Rate** | Peratus pelawat yang menderma. |

## Export laporan

Klik **Export to Excel** untuk muat turun laporan dalam fail Excel.

## Tips

- **Bandingkan Conversion Rate antara borang.** Contohnya, jika dua borang untuk kempen yang sama, borang dengan kadar yang lebih tinggi lebih berkesan.
