# Tetapkan pilihan bayaran borang

> Cara tetapkan caj payment gateway kepada penderma, sumbangan berulang dan pindahan bank manual untuk satu borang derma.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/form-payment-options/

**Payment Options** ialah tetapan bayaran untuk satu borang derma. Di sini anda pilih saluran bayaran, kenakan caj payment gateway kepada penderma, aktifkan sumbangan berulang dan aktifkan pindahan bank manual.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Buka Payment Options

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Donations** → **Forms**.
2. Cari borang anda, kemudian klik **Edit**.

   *(Screenshot: Senarai borang derma dengan butang Edit.)*

3. Skrol ke bawah ke **Additional Settings**.
4. Klik **Payment Options**.

   *(Screenshot: Bahagian Additional Settings dengan butang Payment Options.)*

Ini bahagian dalam halaman **Payment Options**:

| **Medan** | Keterangan |
|---|---|
| **Payment Channels** | Saluran bayaran untuk borang ini. |
| **Payment Gateway Fees** | Kenakan caj payment gateway kepada penderma, sebagai amaun tetap, peratus atau kedua-duanya. |
| **Recurring Transaction** | Sumbangan berulang, dengan kekerapan, hari mula dan notifikasi. |
| **Manual Bank Transfer** | Penderma bayar terus ke akaun bank organisasi anda. |

## Kenakan caj payment gateway kepada penderma

Ikut langkah ini dalam halaman **Payment Options**.

1. Hidupkan **Impose payment gateway fees to participant**.
2. Masukkan caj dalam **Fixed Amount** atau **Percentage**.

   *(Screenshot: Page Payment Options dengan caj payment gateway dihidupkan.)*

3. Klik **Submit & Save**.

Masukkan caj yang sama dengan caj sebenar payment gateway anda.

## Aktifkan pindahan bank manual

Tambah akaun bank organisasi anda dahulu. Lihat [Tambah akaun bank](/bank-accounts/). Kemudian ikut langkah ini.

*(Screenshot: Butang Payment Options dalam bahagian Additional Settings.)*

1. Hidupkan **Activate manual bank transfer payment method**.
2. Dalam **Bank Accounts**, tandakan akaun bank yang dipaparkan pada borang.
3. Tulis arahan untuk penderma dalam **Manual Bank Transfer Notes**. Pilihan.

   *(Screenshot: Tetapan Manual Bank Transfer dengan akaun bank dan nota untuk penderma.)*

4. Klik **Submit & Save**.
5. Klik **View Form** untuk melihat hasilnya.

Penderma yang memilih pindahan bank manual mengisi tarikh transaksi dan memuat naik bukti pembayaran.

*(Screenshot: Pilihan Manual Bank Transfer pada borang derma, seperti yang penderma nampak.)*

> **Note**
> Jika borang ini ialah borang Direct Debit, saluran bayarannya ditetapkan dalam [Direct Debit](/form-direct-debit/).
