# Aktifkan FOMO dan social proof pada borang

> Cara aktifkan notifikasi social proof dan butang terapung ke borang derma melalui FOMO Options.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/form-fomo/

**FOMO Options** (Fear of Missing Out) menambah dua ciri pada borang derma. Notifikasi social proof menunjukkan sumbangan terkini kepada pelawat. Butang terapung membawa pelawat terus ke borang.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Aktifkan FOMO Options

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Donations** → **Forms**.
2. Cari borang anda, kemudian klik **Edit**.

   *(Screenshot: Senarai borang derma dengan butang Edit.)*

3. Skrol ke bawah ke **Additional Settings**.
4. Klik **FOMO Options**.
5. Hidupkan pilihan yang anda perlukan. Rujuk jadual di bawah.

   *(Screenshot: Page FOMO Options dengan pilihan social proof dan butang terapung.)*

6. Klik **Submit & Save**.
7. Klik **View Form** untuk melihat hasilnya.

Ini pilihan dalam **FOMO Options**:

| **Medan** | Keterangan |
|---|---|
| **Social Proof** | Hidupkan **Activate social proof notification**. |
| **Scroll to Form Floating Button** | Hidupkan **Activate scroll to form floating button**. Hidupkan **Using image** untuk guna gambar sebagai butang. |
| **Scroll to Form Button Text** | Teks pada butang terapung. |
| **Image URL** | Alamat gambar untuk butang. Muat naik gambar dalam **Tools** → **Media & Files** dahulu. |
