# Aktifkan Direct Debit pada borang

> Cara jadikan borang derma sebagai borang pendaftaran e-Mandate untuk sumbangan Direct Debit bulanan atau mingguan.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/form-direct-debit/

Direct Debit memotong sumbangan dari akaun bank penderma secara automatik, setiap bulan atau setiap minggu. Penderma mendaftar melalui e-Mandate pada borang derma. Pemotongan dibuat oleh Bayarcash.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Aktifkan Direct Debit

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Donations** → **Forms**.
2. Cari borang anda, kemudian klik **Edit**.
3. Skrol ke bawah ke **Additional Settings**.
4. Klik **Direct Debit**.

   *(Screenshot: Bahagian Additional Settings dengan butang Direct Debit.)*

5. Hidupkan **Enable Direct Debit** (**Make this form as e-Mandate enrollment form.**).
6. Dalam **Frequency Mode**, pilih **Monthly** atau **Weekly (Every Friday)**.

   *(Screenshot: Page Direct Debit dengan Enable Direct Debit dan Frequency Mode.)*

7. Klik **Submit & Save**.

> **Caution**
> Satu borang boleh guna sama ada Direct Debit atau sumbangan berulang dalam [Payment Options](/form-payment-options/), tidak kedua-duanya.

## Bila potongan dibuat

Jadual potongan Direct Debit ditetapkan oleh Bayarcash. Lihat [jadual potongan Direct Debit](https://docs.bayarcash.com/direct-debit-deduction-schedule/) dalam Bayarcash Help.

## Selepas penderma mendaftar

Senarai pendaftaran dipaparkan dalam **Donations** → **e-Mandates**. Lihat [Semak e-Mandate penderma](/e-mandates/).
