# Lihat e-Mandate Direct Debit

> Cara lihat senarai e-Mandate Direct Debit penderma dan butiran setiap mandat dalam Beri Salam console.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/e-mandates/

e-Mandate ialah kebenaran penderma untuk potongan Direct Debit yang berulang daripada akaun bank mereka. Page **e-Mandates** menyenaraikan semua permohonan e-Mandate daripada borang derma anda yang ada Direct Debit.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Buka senarai e-Mandate

Ikut langkah ini.

1. Klik **Donations** → **e-Mandates** (di bawah **Direct Debit**).

   *(Screenshot: Senarai Direct Debit e-Mandates dalam Beri Salam console)*

2. Gunakan carian atau penapis untuk cari mandat.

Senarai ini memaparkan lajur berikut:

| **Medan** | Keterangan |
|---|---|
| **Status** | Status mandat, contohnya aktif, dibatalkan atau ditamatkan. |
| **Name** | Nama penderma. |
| **Mandate Number** | Nombor mandat daripada bank. |
| **Payment Reference Number** | Nombor rujukan bayaran. |
| **Effective Date** | Tarikh mandat mula berkuat kuasa. |
| **Frequency** | Kekerapan potongan (bulanan atau mingguan). |
| **Max. Amount** | Jumlah maksimum bagi setiap potongan. |

## Lihat butiran mandat

Klik **Details** pada mandat. Page **Direct Debit Details** memaparkan bahagian ini:

- Butiran e-Mandate: nombor mandat, status, kekerapan, tarikh berkuat kuasa dan jumlah maksimum.
- **Donor Details**: maklumat penderma dan akaun bank.
- **Form Details**: borang derma yang digunakan oleh penderma.
- **Lifetime Value (LTV)**: jumlah nilai dan bilangan transaksi daripada mandat ini.
- **Application History**: sejarah permohonan bagi mandat ini.
- **Donation History**: sejarah sumbangan daripada mandat ini.

*(Screenshot: Page Direct Debit Details dengan butiran mandat, penderma dan borang)*

Butang **Maintenance** dan **Termination** ada di page ini jika mandat masih aktif. Penderma juga boleh mengurus mandat sendiri. Lihat [Urus Direct Debit anda](/donor-direct-debit/) dan [Batalkan Direct Debit](/cancel-direct-debit/).

## Export senarai e-Mandate

Klik **Export Report** untuk muat turun senarai mandat dalam fail Excel, PDF atau **Text (Pipe)**. Pilih medan yang anda mahu sebelum muat turun.
