# Muat turun resit sumbangan

> Muat turun resit untuk sumbangan anda dari akaun penderma Beri Salam.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/download-receipt/

Panduan ini untuk penderma. Setiap sumbangan dalam akaun penderma ada resit yang anda boleh muat turun. Guna resit ini untuk rekod anda sendiri, contohnya untuk simpanan atau tuntutan.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Muat turun resit

Ikut langkah ini untuk muat turun resit satu sumbangan.

1. Log masuk ke akaun penderma anda.
2. Klik **Transactions** pada menu atas.
3. Cari sumbangan anda, kemudian klik **Details**.

   *(Screenshot: Senarai Transactions dengan butang Details)*

4. Klik butang **Download Receipt**.

   *(Screenshot: Page Transaction Details dengan butang Download Receipt)*

Resit itu menunjukkan maklumat berikut:

| **Medan** | Keterangan |
|---|---|
| **Transaction ID** | Nombor rujukan sumbangan. |
| **Transaction Datetime** | Tarikh dan masa sumbangan. |
| **From** | Nama, alamat dan maklumat hubungan organisasi. |
| **To** | Nama, e-mel dan nombor telefon anda. |
| **Campaign**, **Package**, **Quantity**, **Amount** | Kempen dan pakej yang anda sumbang, dengan jumlahnya. |

*(Screenshot: Contoh resit sumbangan)*

## Tips

- **Muat turun resit selepas status bayaran berjaya.** Butang **Download Receipt** hanya dipaparkan untuk transaksi yang berjaya.
