# Kemas kini profil penderma

> Tukar nama, e-mel atau kata laluan akaun penderma Beri Salam anda.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/donor-profile/

Panduan ini untuk penderma. Dalam profil akaun penderma, anda boleh tukar nama, e-mel dan kata laluan anda. Nama dan e-mel ini dipaparkan pada resit sumbangan anda.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Kemas kini profil

Ikut langkah ini untuk tukar maklumat profil anda.

1. Log masuk ke akaun penderma anda.
2. Klik **Profile** pada menu atas, kemudian klik nama anda. Page **Update Profile** dipaparkan.

   *(Screenshot: Page Update Profile dalam akaun penderma)*

3. Kemas kini medan yang perlu.
4. Klik **Submit & Save**, kemudian tunggu sehingga proses selesai.

Page ini ada medan berikut:

| **Medan** | Keterangan |
|---|---|
| **Name** | Nama anda. |
| **Email** | E-mel anda, untuk log masuk dan untuk resit. |
| **Password** | Kata laluan baru. Biarkan kosong jika anda tidak mahu tukar. |
| **Password Confirmation** | Taip semula kata laluan baru. |
