# Lihat laporan sumbangan

> Cara lihat graf dan ringkasan sumbangan mengikut hari, minggu, bulan, suku tahun, tahun atau julat tarikh anda sendiri.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/donation-report/

Laporan sumbangan menunjukkan jumlah sumbangan anda dalam graf dan jadual. Gunakan laporan ini untuk lihat trend sumbangan dari semasa ke semasa.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Buka laporan sumbangan

Ikut langkah ini.

1. Klik **Reports** → **Donations**.
2. Pilih tempoh laporan dalam tab di bahagian atas.

Anda boleh pilih tempoh berikut: **Daily**, **Weekly**, **Monthly**, **Quarterly**, **Yearly**, **All Times** atau **Custom Range**. Dengan **Custom Range**, anda tetapkan tarikh mula dan tarikh akhir sendiri.

*(Screenshot: Tab tempoh laporan di page Statistic for Donations)*

## Baca laporan

Page laporan memaparkan tiga kotak ringkasan di sebelah graf:

| **Medan** | Keterangan |
|---|---|
| **Total Donation** | Jumlah nilai sumbangan dalam tempoh itu, dalam RM. |
| **Donation Count** | Jumlah sumbangan. |
| **Total Donor** | Jumlah penderma. |

*(Screenshot: Kotak ringkasan dan graf sumbangan di page Statistic for Donations)*

Di bawah graf, jadual memaparkan butiran mengikut masa: **Time**, **Total Donor**, **Total Transaction** dan **Amount**. Butiran dalam jadual ini adalah berdasarkan graf.

*(Screenshot: Jadual butiran laporan sumbangan mengikut masa)*

## Export laporan

Klik **Excel** di atas jadual untuk muat turun butiran laporan.
