# Sambung akaun Bayarcash

> Cara tambah akaun Bayarcash dalam Beri Salam supaya borang derma anda boleh terima bayaran online.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/connect-bayarcash/

Beri Salam terima bayaran online melalui Bayarcash. Sambung sekurang-kurangnya satu akaun Bayarcash sebelum anda terbitkan borang derma.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

Anda perlu **Portal Key** dan **Token** daripada akaun Bayarcash anda. Cara mendapatkannya ada dalam panduan Bayarcash: [API keys](https://docs.bayarcash.com/api-keys/). Jangan kongsi nilai ini dengan sesiapa.

## Tambah akaun Bayarcash

Buat langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Settings** → **Bayarcash**.
2. Klik **Add Bayarcash Accounts**.
3. Isi medan dalam jadual di bawah.

   *(Screenshot: Borang akaun Bayarcash dengan medan Label, Portal Key dan Token)*

4. Klik **Verify Token** untuk menyemak token.
5. Hidupkan **Set as default account** jika akaun ini untuk semua borang.
6. Klik **Submit & Save**.

Medan yang perlu diisi:

| Medan | Keterangan |
|---|---|
| **Label** | Nama akaun ini untuk rujukan anda sendiri. |
| **Portal Key** | Portal key daripada akaun Bayarcash anda. |
| **Token** | Token daripada akaun Bayarcash anda. |

## Akaun default

Akaun default digunakan oleh semua borang derma yang tidak ada tetapan akaun sendiri. Anda boleh simpan beberapa akaun Bayarcash jika perlu.

## Isu biasa

### Boleh saya guna lebih daripada satu akaun Bayarcash?

Ya. Anda boleh tambah beberapa akaun Bayarcash. Akaun yang ditanda sebagai default digunakan oleh semua borang yang tidak ada akaun sendiri.
