# Tukar kata laluan

> Cara tukar kata laluan anda sendiri, atau kata laluan pengguna lain, dalam Beri Salam console.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/change-password/

Anda boleh tukar kata laluan Beri Salam console pada bila-bila masa. Admin juga boleh tukar kata laluan pengguna lain dalam organisasi.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

Jika anda terlupa kata laluan dan tidak boleh log masuk, rujuk [Set semula kata laluan](/reset-password/).

## Tukar kata laluan anda sendiri

Buat langkah ini selepas anda log masuk.

1. Klik **Profile** di bahagian atas, kemudian klik nama anda.
2. Pada page **Update Profile**, masukkan kata laluan baru dalam medan **Password**.
3. Masukkan kata laluan yang sama dalam medan **Password Confirmation**.
4. Klik **Submit & Save**.

## Tukar kata laluan pengguna lain

Admin boleh buat langkah ini untuk staff yang terlupa kata laluan.

1. Klik **Profile** → **Users**.

   *(Screenshot: Senarai pengguna dalam page Users)*

2. Cari pengguna dalam senarai, kemudian klik **Edit**.
3. Masukkan kata laluan baru dalam medan **Password** dan **Password Confirmation**.

   *(Screenshot: Borang Edit User dengan medan Password dan Password Confirmation)*

4. Klik **Submit & Save**.

Beritahu pengguna itu kata laluan baru melalui saluran yang selamat.
