# Tambah kempen

> Cara tambah kempen derma dalam Beri Salam console, dengan sasaran kutipan, tarikh dan lokasi.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/campaigns/

Kempen ialah tujuan sumbangan, contohnya "Dana Asrama Sekolah". Setiap kempen ada sasaran kutipan, tarikh mula dan tarikh tamat. Anda pautkan kempen kepada borang derma supaya penderma boleh menyumbang.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Tambah kempen baru

Ikut langkah ini dalam Beri Salam console.

1. Klik **Donations** → **Campaigns**.
2. Klik **Add Campaign**.

   *(Screenshot: Senarai kempen dalam menu Campaigns, dengan butang Add Campaign)*

3. Isi maklumat kempen. Rujuk jadual di bawah.

   *(Screenshot: Borang New Campaign)*

4. Klik **Submit & Save**.

Ini medan dalam borang kempen:

| **Medan** | Keterangan |
|---|---|
| **Campaign Name** | Nama kempen. Nama ini dipaparkan pada borang derma. |
| **Campaign Code** | Kod untuk rujukan dalaman sahaja. |
| **Start Date** dan **End Date** | Tempoh kempen. Selepas tarikh tamat, kempen menjadi tidak aktif secara automatik. |
| **Countdown** | Aktifkan **Enable** untuk paparkan kiraan masa pada borang. |
| **Targeted Amount** | Sasaran kutipan, dalam RM. |
| **Status** | Kempen aktif apabila **Active** dihidupkan. Medan ini dipaparkan hanya semasa anda edit kempen. |
| **Country**, **State**, **City** | Lokasi kempen. |

## Tambah pakej pertama

Selepas anda klik **Submit & Save**, Beri Salam terus membuka borang pakej untuk kempen itu. Isi maklumat ini:

- **Package Name**
- **Package Code**
- **Amount**

*(Screenshot: Borang New Package yang dibuka selepas kempen disimpan)*

## Selepas kempen dibuat

Tambah pakej lain jika perlu, contohnya "Pakej 001, RM1.00". Lihat [Tambah pakej dalam kempen](/packages/). Kemudian pautkan kempen kepada borang dalam [Tambah borang derma](/forms/).

Pada borang derma, penderma nampak nama kempen, jumlah terkumpul dan sasaran kempen.

*(Screenshot: Borang derma yang memaparkan nama kempen, jumlah terkumpul dan sasaran kempen)*
