# Lihat laporan kempen

> Cara lihat prestasi setiap kempen (jumlah penderma, jumlah sumbangan dan nilai) dan export laporan ke Excel.
>
> Source: https://docs.berisalam.com/campaign-report/

Laporan kempen menunjukkan prestasi setiap kempen anda. Gunakan laporan ini untuk bandingkan kempen dan pantau jumlah sumbangan bagi setiap kempen dan pakej.

> **Note**
> Screenshot dalam panduan ini dari tahun 2024. Paparan semasa mungkin berbeza sedikit. Sebahagian maklumat peribadi dikaburkan.

## Buka laporan kempen

Ikut langkah ini.

1. Klik **Reports** → **Campaigns**.
2. Page **Statistic for Campaigns** dibuka.

   *(Screenshot: Page Statistic for Campaigns dengan senarai kempen dan pakej)*

Laporan ini memaparkan lajur berikut bagi setiap kempen:

| **Medan** | Keterangan |
|---|---|
| **Campaign Name** | Nama kempen. Pakej dalam kempen disenaraikan di bawahnya. |
| **Total Donor Count** | Jumlah penderma kempen ini. |
| **Total Donation Count** | Jumlah sumbangan yang diterima. |
| **Total Donation Value** | Nilai semua sumbangan, dalam RM. |

## Export laporan

Klik **Export to Excel** untuk muat turun laporan dalam fail Excel. Simpan fail ini untuk rujukan atau laporan dalaman.
